Menu KOMODAL
09-6222 588 019-477 4562 Ahad - Khamis, 8.30 AM - 4.30 PM
Landing Page — Borang SKP Ar-Rahnu KOMODAL

Koperasi Permodalan Guru-Guru Dan Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan Melayu Terengganu (KOMODAL) Berhad

447/8 Tingkat Satu, Wisma Armon, Jalan Kamaruddin, 20400 Kuala Terengganu.

09-622 2588  |  019-447 4562 komodalberhad@yahoo.com www.komodalberhad.com

BORANG SIMPANAN KHAS PELABURAN

( Modal Ar Rahnu KOMODAL )

No. Akaun : 110181000049 (Coopbank Pertama)
RM1,000Pelaburan minimum
12 BulanTempoh minimum
4%+Nisbah pulangan

Semak No. Anggota

Tak ingat no. anggota? Cari di sini dulu, salin, dan tampal dalam borang di bawah.

Borang Permohonan

Sila lengkapkan semua maklumat di bawah. Ruangan bertanda * adalah wajib.

Borang Simpanan Khas Pelaburan (Modal Ar Rahnu KOMODAL)

A : BUTIRAN PERIBADI

Sila isi maklumat peribadi anda seperti dalam kad pengenalan.

RM

B : BUTIRAN PENAMA

Maklumat waris / penama bagi simpanan ini.

DOKUMEN SOKONGAN

Sila muat naik salinan kad pengenalan yang jelas (JPG, PNG atau PDF, maksimum 5MB).

C : PENGAKUAN PEMOHON


Tanda Tangan Di Sini

Terma & Syarat

D : Terma dan Syarat

  1. Simpanan Khas Pelaburan dibuka kepada Anggota Koperasi Permodalan Guru-Guru Dan Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan Melayu Terengganu (KOMODAL) Berhad sahaja;
  2. Jumlah minimum Simpanan Khas Pelaburan Anggota sekurang-kurangnya RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja) dengan kadar maksimum RM50,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu Sahaja);
  3. Penyertaan akan ditutup sekiranya modal Simpanan Khas Pelaburan Anggota yang dilabur mencapai RM10,000,000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Juta Sahaja);
  4. Permohonan bagi menyertai Simpanan Khas Pelaburan Anggota hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan yang telah ditetapkan.
  5. Tempoh minimum pelaburan ini adalah (12) Dua Belas Bulan dan tempoh simpanan khas pelaburan ini sah sehingga 10 tahun sahaja. Tempoh ini boleh diperbaharui sekiranya diperlukan pada masa hadapan;
  6. Keuntungan bersih Simpanan Khas Pelaburan Anggota ini akan dibahagikan mengikut modal pelaburan masing-masing dengan nisbah minimum 4% atau tertakluk kelulusan Anggota Lembaga dan keuntungan daripada Ar Rahnu;
  7. Keuntungan akan dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh akhir matang;
  8. Apabila SKP matang, Simpanan Khas Pelaburan (SKP) ini akan diperbaharui secara automatik;
  9. Boleh menarik diri dengan cara menjual syer kepada Anggota Koperasi atau kepada Koperasi ini dengan harga yang dinilai oleh Koperasi;
  10. Tiada bayaran keuntungan akan dibayar sekiranya simpanan tidak mencapai tempoh minimun;
  11. Caj mungkin akan dirundingkan di masa akan datang apabila membeli dan menebus dana;
  12. Bagi pengeluaran SKP sebelum tarikh matang, penandatangan perlu memberi notis 5 hari bekerja. Pihak Koperasi berhak untuk menolak, tanpa membayar apa-apa pengeluaran SKP sebelum tarikh matang sekiranya anggota tidak memberi notis 5 hari bekerja;
  13. Bayaran akan dibuat kepada penandatangan yang dibenarkan apabila SKP asal yang telah ditandatangani ditunjukkan; dan
  14. SKP asal ini hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Sekiranya SKP asal hilang/tersalah letak/rosak, penandatangan hendaklah memaklumkan kepada pihak KOMODAL dengan alasan yang munasabah.
  15. Bagaimanapun, pihak Koperasi berhak untuk menolak permohonan penandatangan untuk pengeluaran hasil SKP atau memohon untuk SKP gantian. Keputusan pihak Koperasi adalah terakhir dan muktamad;

E : Asas Peringatan

  1. Pelabur dinasihatkan memberi pertimbangan wajar terhadap simpanan khas pelaburan Ar-Rahnu;
  2. Harga dan bayaran pengagihan boleh meningkat mengikut peredaran perniagaan;
  3. Prestasi pelaburan sekarang bukan penunjuk prestasi masa hadapan.
Shopping Basket